Semasa hayatnya, arwah bapa saya melanggan
tiga jenis majalah iaitu Asiaweek, National Geographic dan Reader's
Digest. Sebagai budak sekolah, saya sudah didedahkan dengan
bacaan-bacaan sebegitu. Selepas dia habis membaca, saya pula akan
membelek majalah-majalah tersebut dan membaca apa yang menarik minat
saya. Ada dua perkara di dalam majalah Reader's Digest yang saya baca
ketika saya berumur tujuh belas tahun yang masih melekat sehingga kini dan saya amalkan.
Pertama, di antara masalah orang perempuan ialah gemar sekali menggunakan emosi ketika melakukan sesuatu dan bertindak mengikut perasaan. Berlainan dengan lelaki yang gemar menggunakan akal. Oleh sebab itu, orang perempuan cepat merajuk, marah dan tidak sabar. Semua tindak tanduk dan kata-katanya ialah berdasarkan emosinya. Pada ketika itu, saya bersetuju, lalu saya mengambil keputusan untuk menggunakan akal saya apabila ada saja masalah yang melanda. Saya akan berfikir dahulu sebelum saya berkata apa-apa atau ketika saya tengah marah, saya cuba sedaya upaya untuk menggunakan akal.
Kedua, di dalam satu perhubungan, tidak ada istilah 50/50. Yang ada hanyalah 60/40. Ini kerana setiap perhubungan itu tidak akan berjaya jika kita mahukan kesamarataan. Ada masa kita melakukan 60 usaha atau kerja, dan ada masa 40, dan sebaliknya dengan pasangan kita. Untuk mencapai hak yang sama rata tidak akan membuatkan satu-satu hubungan berjaya. Kemungkinan, kita akan menjadi murung, marah dan merasa kehidupan tidak adil buat kita.
Jadi, sama-samalah kita amalkan dua perkara ini. Insya Allah jiwa lebih tenang.

Petikan status Facebook saya -15 Mac 2013
No comments:
Post a Comment