Rasulullah saw bersabda: "Ada dua nikmat kebanyakan manusia tertipu padanya, iaitu kesihatan dan waktu yang terluang."
Hadis Riwayat Al Bukhari.
Kesimpulannya, kita banyak terleka dengan waktu sihat dan waktu lapang
sehingga terlupa yang satu hari nanti kita akan pergi menemui Yang Maha
Pencipta. Jadi, sebelum jatuh sakit atau kesempitan masa untuk membaiki
amalan, alangkah baik jika kita bersedia
dari sekarang. Semasa kita sihat dan mempunyai waktu luang yang banyak
perbaikilah amalan dan tinggalkanlah perkara yang melalaikan sehingga
terlupa untuk mengingatiNya.
Wang, keluarga, pangkat hanyalah
ujian daripada Allah. Rugilah jika kita terleka dengan semua urusan itu,
tetapi tidak mengambil peduli akan hubungan kita dengan Tuhan.
Janganlah apabila nyawa sudah di kerongkongan barulah kita tersedar,
namun semuanya sudah terlambat. Allah berfirman bahawa ramai di antara
mereka di dalam kubur menyesali kelalaian mereka dan memohon untuk
kembali ke dunia walaupun sehari, namun semuanya sudah tidak berguna
lagi. Semoga kita tidak menjadi orang yang rugi di sana nanti namun
orang yang untung dan mendapat rahmat dan barakah daripada Allah.
Aamiin.
Jika kita meletakkan Allah dan rasul di tempat
pertama, insya Allah yang lain akan menjadi mudah dan kita pun tidak
lagi mementingkan duniawi dan kebendaan semata-mata. Tiada apa yang mahu
dibanggakaan dengan material jika jiwa kosong. Biarlah sederhana di
dalam segala hal dunia dan berusaha untuk menuju akhirat. Insya Allah.
No comments:
Post a Comment