Baru-baru ini kita bercakap mengenai Metafora dan Hiperbola. Hari ini kita belajar
lagi dua elemen atau gaya bahasa yang ada di dalam sebuah novel iaitu
Personafikasi dan Simile.
Personafikasi bermaksud memberikan unsur manusia kepada benda yang bukan hidup. Sebagai contoh:
*Angin yang bertiup menampar pipiku yang mulus (Angin diberikan sifat manusia iaitu menampar)
*Dedaunan hijau yang melata melambai-lambai keriangan ( Daun diberikan sifat manusia iaitu melambai dan riang)
*Udara dingin di malam itu menggigit tulangku sehingga aku menggigil kesejukan ( Udara diberikan sifat manusia iaitu menggigit)
*Awan menangis kepiluan setelah seharian dirundung duka ( Awan diberikan sifat manusia iaitu menangis dan duka)
*Sungai yang mengalir ketawa girang setelah hujan turun membasahi bumi (Sungai diberikan sifat manusia iaitu ketawa girang)
Simile pula bermaksud perbandingan sesuatu dengan sesuatu yang lain
dengan menggunakan kata bandingan seperti umpama, bak, bagai, se dan
sebagainya. Sebagai contoh:
*Matanya bersinar bak mutiara yang berkelipan
*Suaranya merdu bak buluh perindu
*Hatinya hancur bagai kaca yang terhempas ke batu
*Dirinya umpama gelandangan yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang
*Bicaranya sehebat peribadinya yang luhur
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat buat kita semua.
Jadi, buat yang mahu menulis, jangan lupa applikasikan semua elemen-elemen ini ya!
No comments:
Post a Comment