Salah
satu elemen yang penting ketika menulis ialah gaya bahasa. Melalui gaya
bahasa, kita boleh menghayati sesuatu watak atau latar belakang dengan
lebih jelas lagi. Salah satu gaya bahasa yang patut ada di dalam sebuah
novel ialah Metafora dan Hiperbola.
Metafora ialah pengunaan
gaya bahasa yang membawa maksud yang berlainan daripada perkataan
asalnya yang digunakan sebagai perbandingan atau kiasan. Sebagai contoh:
*Lautan duka
*Kota derita
*Cahaya keimanan
*Lembah sengsara
*Dedaunan sepi
Hiperbola pula gaya bahasa perbandingan yang berlebih-lebihan bagi menggambarkan sesuatu. Sebagai contoh:
*Suaranya membelah sehingga ke langit ketujuh
*Hentakan kakinya bak guruh yang berdentum
*Wajahnya bercahaya gilang gemilang
*Kulitnya tercalar duka yang menghiris
*Tajam matanya membelah jiwa
Di dalam novel Glamor & Vogue, Itulah Aku! saya banyak menggunakan
gaya bahasa hiperbola bagi menggambarkan watak Anatalia dan
pengalamannya yang melampau ketika berpeluang bercuti dengan percuma di
seluruh dunia.
Bagi yang ingin mengetahui bagaimana saya
menggunakan gaya tersebut, bolehlah dapatkan novel tersebut di
kedai-kedai buku berhampiran anda.
saya share di GMM sis Aimee. tq
ReplyDelete