Semasa
umur saya belasan tahun, saya ada membaca akhbar yang bercakap tentang
impian gadis-gadis. Katanya, ramai gadis yang terpengaruh dengan media
massa seperti televisyen dan buku sehingga mereka menjadi tidak pratikal
dalam pendekatan hidup mereka. Sejak kecil, mereka diajar untuk
berfikir bahawa satu hari nanti mereka akan dilamar oleh putera raja
yang kacak lagi romantik. Mereka akan dilayan seperti puteri dan kekal
bahagia sehingga selama-lamanya di dalam istana.
Mereka juga disogokkan dengan impian majlis perkahwinan yang penuh warna-warni. Mereka berangan mahu memakai gaun labuh dan kembang dan duduk di atas pelamin bersama dengan putera impian mereka. Pendek kata, mereka hidup dalam angan-angan dan fantasi dan berfikir bahawa hidup adalah seperti yang dilihat di kaca televisyen. Lelaki baik serta romantik dan mereka akan dilayan bak kanak-kanak yang mahukan segalanya.
Kisah yang penuh dengan 'fairy tales' ini selalu menjerat gadis sehinggga mereka fikir bahawa mereka akan menikmati kebahagiaan dalam hidup. Sama seperti dalam cerita Snow White, Cinderella dan Sleeping Beauty. Mereka fikir bahawa hidup mereka akan menjadi seperti cerita dongeng.
Namun, hakikatnya hidup ini bukanlah cerita dongeng. Jika kita hidup hanya bersandarkan angan-angan, besar kemungkinan kita akan kecewa dan kecewa dengan manusia. Kita akan menyoal, mengapa hidup aku tidak sama seperti hidup di dalam cereka? Mengapa apa sahaja yang aku tiru dalam cerita itu, tidak berhasil dalam hidup aku?
Justeru, kita menjadi bingung. Menyalahkan takdir dan berjurai air mata dengan impian yang tidak seperti diharapkan. Namun, tanpa sesal, kita mengulangi perkara yang sama, mencari putera idaman kita seperti yang kita lihat begitu sempurna di dalam cerita cinta. Kita akhirnya, hidup dalam angan-angan dan tidak berpijak di bumi yang nyata. Dan akhirnya, kita tidak akan ketemu sesiapa kerana putera idaman kita hanya wujud di dalam cerita rekaan manusia.
Wahai gadis-gadis, ketahuilah bahawa kamu itu istimewa. Jangan dibiarkan dirimu terjerat dengan igauan palsu yang bisa membuat kamu kecewa. Ketahuilah, bahawa tiada insan yang sempurna di dunia. Tiada putera raja yang akan mendukung kamu memasuki ke dalam istana dan tiada putera raja yang akan menyuap makanan ke dalam mulut kami tatkala kamu lapar. Tiada putera raja yang akan memberikan kamu pujian dan kata-kata manis sepanjang hari hanya untuk membuat kamu tersenyum.
Yang ada, hanyalah kehidupan yang penuh suka dan duka. Yang ada hanyalah pengajaran yang boleh kamu ambil dalam setiap hubungan dan pengharapan. Apabila kamu sudah tahu tentang realiti dan menerima hakikat bahawa hidup ini bukan ilusi, barulah kamu akan ketemui apa yang kamu kata cinta sejati.
Ia bukan tentang memenuhi angan-anganmu. Ia tentang belajar menerima dan memahami bahawa hidup ini adalah pengorbanan, kesusahan dan timbang rasa.
Pasti apabila kamu tersedar dan bangkit dari lena, putera itu akan datang kepada kamu tanpa dipinta.
Dan barulah kehidupan kamu dalam istana akan bermula.
Itupun selepas kamu menghabiskan ribuan ringgit untuk gaun kembang kamu yang hanya dipakai untuk sehari.
Dan ribuan lagi untuk hadiah-hadiah dan perhiasan pelamin kamu yang hanya utuh buat seketika.
Yang kekal, ialah perjalanan hidup kamu yang ada pasang dan surutnya sehingga kamu menutup mata.

No comments:
Post a Comment