Pilihanraya semakin dekat. Rasa-rasanya PRU 13 kali ini adalah yang paling kotor di dalam sejarah. Kadang-kadang
manusia ni, bila dah gila kuasa, sanggup berbuat apa sahaja. Dan
pengikut taksub pun sanggup mengikut dan menyokong membuta-tuli. Auta
lebih banyak dari fakta. Namun, yakin sungguh yang mereka berada di
pihak yang benar. Seolah pemimpin yang mereka sanjungi itu maksum dan
tiada dosa.
Ingat, yang maksum hanyalah nabi dan rasul Allah, dan yang paling berkuasa ialah Tuhan. Jika Allah kata tidak, maka tidak jadilah ia walaupun begitu banyak cubaan yang kita lakukan untuk menjadi berkuasa.
Dan, apa sahaja mengenai politik, tidak ada yang seratus peratus
bersih, bebas rasuah dan jujur. Jika mulut lancang dan gemar memaki
hamun, lagilah tidak layak menjadi pemimpin. Jika iapun kita merasakan
diri kita dianiaya, redha sahajalah dengan jalan yang sudah Allah pilih,
bukan dengan membalas dendam sehingga sanggup menjadi ejen perosak
negara dan bangsa.
Manusia yang mempunyai hati dan akal yang
masih waras, tidak mudah ditipu dengan manusia yang bertopeng-topeng
kerana mereka tidak mahu menjadi taksub akan personaliti dan pemimpin
selain Allah dan rasulNya. Itu pilihan utama.
Dan politik itu
sendiri adalah kotor jika ia hanya digunakan untuk memuaskan nafsu gila
kuasa yang membuak-buak, tidak kiralah mereka berada di pihak mana.
Semuanya sama sahaja.
Namun, yang penting ialah kepentingan
rakyat dijaga dan dibela dan kita bebas ke mana sahaja dan bekerja apa
sahaja tanpa dibom atau ditembak di tepi jalan. Dan bebas melaungkan
azan di masjid, mendapat pekerjaan yang baik dan boleh menyara hidup dan
bebas memilih sekolah dan bersolat di mana sahaja. Bebas berniaga dan
bekerja di mana sahaja pilihan kita.
Kerajaan mana pun yang
memimpin tidak akan berupaya mengubah nasib kita jika kita sendiri tidak
mahu mengubahnya. Semuanya akan terletak di atas bahu dan usaha
sendiri. Jika kecil usaha, kecillah yang kita dapat dan jangan
mengharapkan seperti orang yang berusaha keras. Tidak ada orang yang
senang lenang dengan tidak berbuat apa-apa. Tidak ada apa yang percuma
di dunia ini.
Berfikirlah secara waras.
Pilihlah dengan bijak.
Kita tidak boleh memiliki semuanya sekaligus.
No comments:
Post a Comment