Semasa
saya menetap di England, saya begitu kagum dengan masyarakat Islam di
sana yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan kaum. Orang Arab,
Pakistan, India, Afrika yang beragama Islam begitu kuat sifat sayangkan
bangsa, adat dan agama Islam itu sendiri. Di mana sahaja mereka berada,
mereka tidak lupa asal usul mereka, pakaian tradisional mereka malah
bahasa mereka.
Walaupun generasi baru yang lahir
selepas satu atau dua keturunan yang berhijrah ke sana semenjak tahun
60an, mereka masih lagi kukuh dengan budaya dan bangsa mereka sehingga
kini. Ukhuwah mereka begitu kuat. Keislaman mereka lebih jitu. Mereka
tidak meninggalkan budaya dan cara hidup Islam walau pun dikelilingi
dengan masyarakat bukan Islam yang ramai.
Berlainan benar
dengan orang Melayu kita. Kita lebih gemar menjadi 'Mat Salleh' daripada
Mat Salleh itu sendiri dan malu pula mengaku Melayu. Tidak semua yang
begitu, tetapi ada segelintir yang lebih 'moden' dan 'trendy' daripada
Mat Salleh, dan kerana nila setitik, maka rosaklah susu sebelanga.
No comments:
Post a Comment