Wednesday

Fesyen atau Trend Hijab - Apakah relevan buat Muslimah di dunia sebenar?

Sudah lama saya fikirkan perkara ini tetapi tidak tertulis lagi. Saya setuju dengan pandangan di bawah kerana saya juga merasakan sedemikian tentang trend berhijab yang melampau di dalam majalah fesyen. Majalah sedemikian mempunyai tanggungjawab yang berat, maka apa yang mereka paparkan boleh menjadi ikutan buat mereka yang mudah terikut dengan trend dan fesyen. Berhijablah dengan cara yang betul, bukan hanya mengikut trend semata-mata apatah lagi jika ia hanya untuk menjadi 'the in thing' supaya majalah laris. Ini semua akan menjadi ikutan gadis dan wanita yang jahil tentang menutup aurat, kerana apa sahaja yang dipaparkan di majalah akan menjadi ikutan buat mereka yang gemar merujuk majalah fesyen. 
 
Ikutlah apa yang Allah suruh, bukan apa yang majalah suruh. Hati-hatilah dengan fesyen berhijab sekarang ini yang agak melampau. Majalah fesyen bukanlah medium terbaik untuk bergaya cara Islamik kerana itu semua adalah fesyen semata-mata tanpa memikirkan nilai dan kesesuaian buat wanita Islam di dalam dunia sebenar. Bersederhanalah di dalam gaya, itu lebih baik. 
 
Bacalah luahan hati di bawah yang sememangnya sama seperti apa yang saya fikirkan.

A beautiful Open Letter indeed. Please share this around!

Dear Hijabista, Hijabister
I am writing to express my concern over the portrayal of 'hijab' women in
your magazine. I believe in the concept of modesty accompanying the
muslimah attire (the hijab included) is a fundamental core one must
embrace. The Hijab is not a replacement of the 'hair' we cover. The hijab
isn't just a cloth or layers of cloth on your head. It comes with a
package. Of intellect, manners and adab. It is a symbol of the believing
women, her 'modesty'- A sign of dignity and pride. Your magazine bears no
sign of 'modesty' and I say this clearly, this is definitely very WRONG!

Portraying hijab women and "doll-ing" them up like models in Vogue but then
only to cover her hair is an absolute disgrace and mockery to us the
believing women. What more the women and cover girls who allow themselves to
be exploited as an object and fool themselves into thinking they are on
their 'Deen' and pleasing Allah by just covering their hair... How can you
even think you are pleasing Allah with all that make up, ridiculous styles
whilst purposely showing off your beauty and body.

Your magazine just as the likes of vogue and cosmopolitan has NO
intellectual nor spiritual dimensions to it except to brainwash and create
an unnecessary desire to the 'hijabisters' to own more and more stuff. In
reality, a real, true believing women DOES not need to display her
adornments to entice others. The believing woman has self confidence that
what is INSIDE her heart and MIND will indeed be of much more value than
all the silly bangles, sunglasses, shoes and handbags you bombard the
pages of your magazine with.

Your magazine corrupts young, sincere minds into foolishly thinking that
they are more beautiful with more shoes, accessories or ridiculous tudung
styles they do not need.

The best garments as the Quran states is Taqwa. And tell me where, in which
page of your magazine do you propagate this message? None, not one I'm
afraid. It is clearly a consumer driven magazine casting a spell with
women, where one will then start to wish on owning and buying or to 'copy'
the 'Photoshop-ed' girls you portray.

I am afraid you are only destroying the hijab sisters filling their minds
with superficial beauty. Please take a sincere step back and help many lost
sisters out there to care more about diseases of their hearts instead of
merely emphasizing a message of "what is important is how you look and tie
your tudung'

Sincerely,
A worried Muslimah

Sunday

Semalam Yang Membentuk Diri

Makna yang cukup mendalam. Sudah semestinya setiap daripada kita mempunyai ceritanya sendiri. Kisah silam, sekarang dan akan datang yang akan sentiasa membentuk keperibadian dan personaliti diri kita. Namun, ada segolongan insan yang gemar merenung kisah lampau sehingga boleh merosakkan masa kininya dan ada juga yang belajar sesuatu daripada kisah silam dan meneruskan kehidupan seperti biasa. Kisah silam merupakan satu pengajaran buat kita. Tidak kiralah apa juga kisahnya, kita harus belajar menerima dan meneruskan kehidupan, kerana masa kinilah yang perlu kita harungi setiap hari. Saya berpendapat, setiap masalah ada jalan keluarnya dan setiap yang berlaku di masa dahulu, ada sebabnya. Cuma, terpulang kepada individu itu untuk mempelajari sesuatu daripadanya, mengambil yang positif atau menyalahkan takdir, masa lepas atau sesiapa sahaja akan kejadian yang menimpanya di masa lalu. 
Seperti ungkapan di atas, saya contohnya, tidak akan menjadi diri saya sekarang jika saya tidak mengambil iktibar dan pengajaran di atas apa jua yang telah berlaku di masa silam. Setiap kesenangan, kebahagiaan, kesusahan dan kesedihan saya lalui sama seperti yang lain, namun setiap masalah atau halangan yang saya hadapi, akan saya harungi satu persatu, berhenti sebentar, bernafas dan menyambung semula dari mana saya berhenti. Saya meletakkan Tuhan itu sebagai nombor satu. Jika saya bersedih, kehilangan seseorang atau sesuatu, berasa putus asa, apabila teringatkan Tuhan itu sentiasa ada bersama saya, secara otomatik hati saya menjadi tenang. Maka, apa juga kekusutan atau kepayahan menjadi senang tiba-tiba dan segalanya tampak lebih lurus di hadapan mata. 
Alhamdulillah. Banyak sungguh perubahan yang saya sedari terutamanya dari segi spiritual, ketuhanan dan keredhaan terhadap setiap ujian yang diberikanNya kepada saya. Saya tahu, apa juga kesulitan, itu adalah untuk menguji keimanan dan kesabaran saya. Dan setiap kesabaran itu, akan dibalas dengan pahala yang berlipat ganda dari Yang Maha Esa. Justeru, saya tidak akan sesekali merungut dan menyoal takdir apatah lagi menyalahkannya kerana itu tandanya saya masih belum lagi cukup redha dan keimanan belum lagi kukuh.
Apa juga isunya di masa lepas, jangan sesekali kita menentangnya. Jangan mempersoalkan apa-apa dan teruskanlah kehidupan seperti biasa. Kita mungkin ditimpa sakit, kehilangan ahli keluarga, kekasih, wang atau harta, kehilangan kerja atau diuji dengan pelbagai ujian yang tidak disangka-sangka. Namun, ketahuilah bahawa jika Allah tidak sayangkan kita, Dia tidak akan menguji kita dengan sebegitu hebat, kerana jika kita lulus ujian yang diberikanNya, pasti kita akan berada di tempat yang tinggi di sisiNya. Sesungguhnya, insan-insan yang diuji oleh Allah adalah insan-insan yang terpilih. Tidak semua makhluk Allah mendapat keistimewaan untuk diuji dengan kesakitan, kehilangan dan kemewahan, justeru kita harus menerimanya dengan hati yang tenang dan dada yang lapang.

Sebaiknya, sentiasalah bersangka baik dengan Allah, sentiasa memohon dan berdoa dan sentiasa membasahi bibir kita dengan zikir dan bacaan al-quran. Percayalah, jiwa akan semakin tenang dan dengan sendirinya apa juga masalah yang melanda menjadi mudah dan kecil kerana kita tahu bahawa Tuhan akan sentiasa mengawasi kita. Dan, Tuhan akan memberikan apa yang kita perlu bila kita sudah bersedia dan Tuhan akan menolong apabila tiba masa yang Dia tahu sesuai buat kita. 

Yakin, redha, usaha, tawakal dan doa. Intipati yang harus ada buat muslimin dan muslimat. Kepedihan masa silam, cumalah sebahagian kecil yang akan membentuk kerohanian dan dalaman kita. Yang selebihnya, berserahlah diri sepenuhnya kepada Allah, kerana bantuannya akan tiba jika kita sabar. Insya Allah.

Aamiin.

Khasiat Buah Delima

KHASIAT BUAH DELIMA

Siapa yang tidak kenal Buah Delima. Buah delima adalah antara buah-buahan yang diambil semasa hayat baginda rasulullah saw. Buah Delima sangat menarik sama ada dari segi bentuk,warna kulit mahupun bijinya yang melambangkan kesuburan. Sedangkan intipati buahnya yang berwarna merah, lazat bagaikan mata air salsabil di syurga. Sesetengah orang menganggapnya lambang kelahiran, kehidupan dan kematian kerana biji-biji buah Delima mengandungi air dan dapat mengeluarkan banyak air.

Nabi Muhammad SAW bersabda, “Tidak ada delima yang tidak mempunyai buah dari delima surga di dalamnya” (HR Abu Nu’aim)

Rasulullah saw bersabda,
“Buah delima dan kulitnya memperkuat pencernaan di perut.”(HR Abu Nu’aim dan Al-Jauzi)

Setiap kali Ibnu Abbas menjumpai buah delima, dia akan memakannya. Orang-orang menanyakan kepadanya mengapa dia melakukan hal itu, dan dia menjawab, “Aku benar-benar percaya bahwa tak ada satu pun buah delima di dunia ini yang tidak mengandung satu biji dari salah satu biji dari surga. Barangkali biji ini adalah yang dari surga itu.” (Kisah sahabat)

Khasiat perubatan sudah dijumpai sejak 8000 tahun yang lalu oleh masyarakat Parsi Purba kerana ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, Magnesium dan Calcium.

ANTARA KHASIAT BUAT DELIMA MENGIKUT BUKU PERUBATAN PARSI TERMASUK :

•Membaikpulih fungsi hati dan limpa
•Mencuci buah pinggang dan salur kencing
•Membantu penghadaman
•Membuang lemak-lemak berlebihan
•Menambah tenaga
•Mengelakkan alahan bagi wanita mengandung
•Mengubahsuai hormon bagi wanita menopause
•Membaiki sistem pembersihan dan pengaliran darah
•Merawat @ membaikpulih pesakit kencing manis
•Menambahkan tenaga dan mengelak dari penyakit lemah tenaga batin
•Mencantikan kulit

DARI KAJIAN PERUBATAN MODEN JUS DELIMA MEMPUNYAI KHASIAT2 LAIN SEPERTI:

•Mengurangkan pengumpulan lemak di dinding pembuluh darah, mengelakkan dari salur darah tersumbat dan mengeras yang menjadi punca penyakit jantung
•Mengurangkan tekanan darah sebanyak 5% di kalangan pesakit tekanan darah tinggi jika mengambil Jus Delima sebanyak 50cc setiap hari selama 2 minggu
•Menghalang pembentukan sel barah payu dara Di Jepun terdapat laporan yang menggalakkan pengambilan Jus Delima dalam membantu mengubati penyakit jantung, tekanan darah tinggi, menambah tenaga, untuk kecantikan kulit dan banyak lagi khasiat lain.

Jika Kau Mencintaiku

Kata-kata ini saya petik daripada Islamic Motivation  kerana ia menarik perhatian saya, lalu ingin saya kongsikan di sini buat tatapan yang sudi membacanya.

Jika kau mencintaiku karena kecantikanku, menyejukkan setiap mata yang memandangnya, kemudian aku bertanya saat kecantikan itu memudar ditempuh usia seberapa pudarkah kelak cintamu padaku?

Jika kau mencintaiku karena sifatku yang ceria menjadi semangat yang menyala di dalam hati mu, kemudian aku bertanya bila keceriaan itu kelam dirundung duka seberapa muram cintamu kan ada?

Jika kau mencintaiku karena ramah hatiku memberi kehangatan dalam setiap sapaanmu, kemudian aku bertanya kiranya keramahan itu tertutup kabut prasangka seberapa mampu cintamu memendam praduga?

Jika kau mencintaiku karena cerdasnya diriku membuatmu yakin pada putusanku, kemudian aku bertanya ketika kecerdasan itu beransur hilang menua, seberapa bijak cintamu tuk tetap mengharapku?

Jika kau mencintaiku karena kemandirian yang ku miliki menyematkan rasa bangga mu yang mengenalku, kemudian aku bertanya, jika di tengah itu rasa manjaku tiba menyeruak seberapa tangguh cintamu tuk tetap bersamaku?

Jika kau mencintaiku karena tegarnya sikapku menambatkan rasa kagum pada kokohnya pertahananmu, kemudian aku bertanya andai ketegaran itu rapuh diterpa badai seberapa kuat cintamu bertahan?

Jika kau mencintaiku karena pengertian yang ku berikan menumbuhkan ketenangan karena kepercayaan yang ku tanam, kemudian aku bertanya kelak pengertian itu tertelan oleh ego sesaat seberapa kau mampu mengerti cinta ini?

Jika kau mencintaiku karena luasnya danau kesabaranku menambah dalamnya rasa cinta semakin kau mengenalku, kemudian aku bertanya mungkin kesabaran itu mencapai batas membendung kesalahanku seberapa besar cinta mampu memaafkan?

Jika kau mencintaiku karena keteguhan imanku bagai sinar yang benderang mengantarkan cahaya, kemudian aku bertanya kala iman itu jatuh menurun seberapa berkurang akhirnya cintamu padaku?

Jika kau mencintaiku karena ku yang telah kau pilih sebagai cinta yang kan kau pegang sepanjang hayat, kemudian aku bertanya pun hati ini tergoncang, seberapa mantap cinta ini tuk tetap setia?

Andai sejuta alasan tak cukup untuk membuat cinta ini tetap bersama diriku maka biar kupinta satu alasan tuk menjaga cinta ini. Aku ingin kau mencintai karena ALLAH karena Dia kan selalu ada tuk menjaga maka cintaku kan tetap utuh dan setia hingga kelak, ku tak mampu lagi mencintaimu karena cintaku berpulang pada-Nya...

Untuk engkau yang aku harap menjadi qawwamku, kata yang ingin kuucap, kupegang dan kupertahankan, setelah walimatul ursy’

Aku ingin kau mencintaiku karena ALLAH, dengan segala kekurangan dan kelemahanku.

Sumber : Islamic Motivation

Friday

Wajarkah Wanita Arab Saudi Memandu?

Hari ini saya tertarik dengan berita yang agak hangat dan sudah lama diperjuangkan oleh wanita yang menetap di Arab Saudi, iaitu kebenaran memandu di negara mereka sendiri. Menurut seorang aktivis wanita Arab Saudi, Manal Sharif, masanya sudah sampai bagi wanita Arab Saudi untuk mendapat hak memandu. Katanya, wanita Arab Saudi harus memperjuangkan hak itu kerana kerajaan Arab Saudi tidak akan memberikannya dengan mudah. 

Melalui pengalaman saya sendiri yang pernah menetap di Arab Saudi, memang wanita tidak langsung dibenarkan memandu ataupun keluar rumah tanpa ditemani oleh suami atau rakan perempuan yang lain. Memandangkan saya datang daripada negara yang bebas mengamalkan cara ini (wanita memandu), memang pada mulanya agak kekok dengan kekangan yang baru saya hadapi ketika di sana. Bukan itu sahaja, jika hendak ke kedai runcit di hadapan rumahpun saya dilarang sama sekali, bimbang jika ada apa-apa perkara yang tidak diingini berlaku kepada saya. 

Di satu sudut, agak bagus jika wanita tidak dibenarkan memandu. Ini untuk melindungi wanita daripada bahaya, memandu berseorangan atau ditimpa kemalangan yang mungkin bahaya untuk dirinya sendiri. Lagipun, para suami diberikan sepenuh tanggungjawab untuk membawa para isteri ke mana sahaja mereka mahu pergi, kecuali jika disediakan seorang pemandu lelaki buat isteri-isteri mereka. Lazimnya, para isteri hanya boleh keluar di waktu malam apabila suami-suami mereka sudah pulang dari kerja iaitu di sekitar jam sembilan malam. Walaubagaimanapun, di dalam sepuluh tahun terakhir ini, wanita dibenarkan berjalan di pasar raya seorang diri dengan syarat dia menutup aurat dan memakai abaya yang berupa 'uniform' semua wanita Arab. Namun, memandu masih lagi satu 'taboo' buat budaya mereka. 

Namun, ada juga masalahnya jika wanita tidak dibenarkan memandu. Jika ada kecemasan, sebagai contoh, para wanita boleh diharapkan untuk memandu. Malah, tugas memandu untuk membeli barangan dapur atau menghantar anak-anak ke sekolah akan menjadi tugas seharian para isteri. Sang suami tidak perlu lagi menghantar dan membawa sang isteri ke mana-mana sahaja kerana sang isteri boleh melakukannya sendiri. 

Namun, secara peribadi, saya berasa istimewa apabila ke mana-mana sahaja saya mahu pergi, saya akan dihantar oleh suami malah akan ditemani olehnya sentiasa. Saya tidak perlu risau akan trafik dan pemandu yang menggila di jalan dan saya boleh menumpukan perhatian pada urusan rumah dan anak-anak. Suami juga akan menemani si isteri apabila mahu membeli barangan runcit dan dialah yang akan menolak troli buat kita. Di sana, wanita dilayan sebagai individu yang perlu dilindungi sepanjang masa, well, itulah yang saya rasakan. Mungkin, wanita lain tidak sependapat dengan saya, dan itu adalah hak individu.

Masalahnya, di era globalisasi di mana pengaruh barat begitu kuat menular di mana-mana pelusuk negara, wanita-wanita Islam khususnya semakin mendesak dan mahukan hak yang sama rata dengan lelaki. Mereka banyak terpengaruh dengan cara barat melayan wanita dan menganggap bahawa cara itulah yang terbaik. Ini mungkin kerana banyak cerita di kaca televisyen yang memaparkan kebebasan wanita berbuat apa sahaja sehingga jika tidak mempunyai pendirian yang teguh, mereka pasti akan terpengaruh. 

Wanita secara dasarnya memang harus dilindungi dan harus mempunyai sifat yang lemah lembut. Namun, dengan pengaruh barat yang begitu hebat mempengaruhi, ada di kalangan kaum wanita yang mahu menjadi agresif dan mahu menjadi lebih hebat daripada lelaki. Tidak salah sebenarnya, namun biar betapa tinggi pun pendidikan yang dipunyai oleh seorang wanita, atau betapa hebatnya dia di dalam kerjaya, dia harus tahu bahawa di rumah dia ialah seorang isteri, dan mungkin juga ibu buat yang sudah mempunyai anak. Buat wanita bujang pula, keinginan untuk meniru budaya dan pemikiran barat di dalam semua aspek kehidupan haruslah bertepi agar kita tidak lupa bahawa kita mempunyai agama dan di dalam agama Islam, wanita mempunyai tempatnya yang tersendiri dari cara pergaulan, berpakaian, akhlak dan banyak lagi.

Dan mengapa saya kaitkan isu di atas dengan perjuangan wanita Arab Saudi untuk mendapatkan hak memandu? Ini kerana kita di Malaysia sebagai contoh, sudah terbiasa dengan acuan barat, iaitu wanitanya bebas ke mana sahaja dan bebas bergerak seorang diri dan memandu seorang diri. Pendek kata, wanita di Malaysia agak bebas membuat keputusan dan bebas bersuara malah bebas melakukan apa sahaja. Tepuk dada tanya selera. Kita bebas bergerak ke mana sahaja tanpa batasan. Namun, kebebasan yang diperolehi ini boleh membuat para wanita menjadi degil atau lupa diri. Maksudnya, dengan kebebasan yang diperolehi dari kerajaan untuk memandu dan para suami, para wanita boleh menyalahgunakan kebebasan itu dan menggunakannya untuk tujuan yang tidak elok seperti memandu ke tempat yang tidak dibenarkan, atau memandu secara bahaya malah memandu untuk bersuka ria.       

Namun, pada masa yang sama, kebebasan dan hak memandu itu juga boleh membuat wanita berdikari dan tidak perlu menunggu para suami atau muhrimnya untuk membawanya ke mana-mana. Di dalam erti kata lain, para wanita boleh membuat keputusan ke mana dia mahu pergi tanpa pemantauan sesiapapun termasuklah ke tempat kerja dan riadah.

Cuma satu sahaja, hak itu boleh disalahgunakan untuk mendapat kebebasan hakiki yang akhirnya boleh merosakkan wanita itu sendiri. Pada dasarnya, bagus jika wanita di Arab Saudi mahukan hak memandu, namun, kebimbangan akan wujud jika kebebasan itu akan membuat wanita di Arab Saudi semakin melupakan tata susila dan budaya mereka dan seterusnya diresapi oleh budaya sekular sama seperi negara ini dan negara-negara lain amnya yang mana akhirnya akan meruntuhkan moral dan akhlak pemuda dan pemudi di sana. 

Saya? Masih sukakan dibawa ke sana sini kerana itu membuat saya berasa selamat. Tapi mungkin untuk sang suami lain pula pandangannya? 

Apa-apapun, the car keys are yours dear! :)

Wallahua'alam.



 

    

Tuesday

Selamat Tahun Baru 2013

Hari ini bermulalah hari baru di tahun yang baru. Banyak persiapan yang mahu dibuat di awal tahun terutamanya hal sekolah anak-anak yang akan memulakan persekolah sedikit masa lagi. Pakaian, beg sekolah, buku-buku harus dipastikan siap sebelum mereka menjejakkan kaki ke sekolah di hari pertama nanti. Alhamdulillah, semuanya sudah beres di awal bulan Disember lagi kerana saya tidak suka melakukan sesuatu di saat-saat akhir. 

Apabila menyebut tahun baru, ramai orang gemar bercakap mengenai azam tahun baru. Namun bagi saya, jika kita mempunyai sesuatu azam, kita tidak perlu menunggu tahun baru tiba untuk memulakannya. Azam boleh dibuat di bulan mana sekalipun. Yang penting, jika kita sudah menanam azam, kita haruslah menjadikannya kenyataan. Tahun ini, saya tidak mempunyai azam yang khusus. Semuanya berjalan seperti biasa namun ada beberapa perancangan yang saya sudah rangkakan buat tahun ini, dan harapannya agar pelan-pelan itu akan direalisasikan dengan izin Allah juga. 

Bulan Januari ini juga, bulan yang agak sibuk buat saya. Saya akan menyambung semula kelas agama di sebuah masjid berdekatan untuk menambahkan ilmu keagamaan di dada. Saya juga mempunyai beberapa urusan peribadi yang perlu dibereskan secepat yang mungkin. Jika ingin mengimbas kembali tahun 2012, ada beberapa perkara yang berlaku yang di luar jangkaan saya. Novel saya dengan PTS Litera telah dijual dengan habis sehingga kehabisan stok semasa Pesta Buku Antarabangsa tempoh hari, dan telah diulang cetak. Saya juga telah diundang untuk duduk sebaris dengan penulis berbakat dan tersohor untuk menandatangai novel-novel saya dengan pembeli dan pembaca. Malah, di hujung bulan Oktober saya mengalami satu peristiwa yang telah mengubah seluruh perspektif hidup saya, harapnya ke arah kebaikan yang berkekalan di dunia dan akhirat.

Tahun ini, saya mengharapkan agar Allah terus merahmati dan memberkati hidup saya dan keluarga. Memakbulkan doa-doa saya dan memberikan saya kasih sayang dan kebahagiaan yang akan berkekalan sehingga ke akhir hayat, di dunia dan akhirat. Saya memohon agar anak-anak saya menjadi wanita solehah, memahami agama dan menghormati orang di sekeliling mereka selain dari menjaga aurat, akhlak dan tingkah laku mereka. Juga, saya berdoa agar mereka cemerlang di dunia dan akhirat dan sentiasa dilindungi Tuhan di mana sahaja mereka berada.

Di dalam aspek peribadi dan perhubungan, saya berdoa agar kasih sayang yang ada ini berkekalan sehingga ke syurga. Agar semuanya berada di landasan yang betul dan lurus dan semoga perasaan kasih dan sayang ini semakin kuat dan kekal sehingga ke akhir hayat. Mohon juga agar dijauhkan Allah daripada badai dan perselisihan juga agar kami sentiasa dijaga, disayangi dan dilindungi Allah sentiasa. Moga tahun ini menjadi tahun yang cemerlang buat kami sekeluarga dan apa yang diharapkan akan dimakbulkan Allah. Hanya Allah yang maha mengetahui apa yang tersirat di luar dan di dalam hati kita semua. Maka, saya hanya memohon dan mengharapkan yang baik-baik sahaja. 

Moga kita istiqamah dan bersyukur dengan segalanya yang datang daripada Yang Maha Esa. Jika cinta hatiku membaca entri ini, ketahuilah saya sangat sayang padamu. Aamiin.