Sunday

Jeddah Oh Jeddah!

Entah mengapa tiba-tiba terasa hendak menulis pengalaman saya tinggal di Jeddah beberapa tahun lepas selepas melihat gambar-gambar beberapa rakan yang baru balik dari menunaikan haji. Sesungguhnya gambar-gambar tersebut membuat hati teringin lagi untuk ke sana, dan secara tidak langsung mengingatkan saya akan bandar dan kehidupan di Jeddah.

Saya menetap di sana mengikut suami yang bekerja sebagai Arkitek. Kami tinggal di sebuah apartmen 4 tingkat,nasib baik tinggal di tingkat dua, tetapi tiada lif. Jadi terpaksalah naik tangga, paling leceh bila mahu membawa barangan runcit seperti tomato,beras,zuchhini. Kalau kita shopping,habis berkilo-kilo...berat...tapi,lama-lama ok...dah terbiasa pulak.

Di Jeddah,pembangunannya pesat. Kalau kita ke sana membuat umrah atau haji, mungkin perspektif atau tempat yg kita pergi agak terhad. Selalunya jemaah akan dibawa ke masjid terapung dan shopping sekejap sebelum ke airport. Namun,menetap di sana ada juga beberapa pengalaman yg saya kutip yg boleh kita kongsi terutamanya tentang Jeddah dan masyarakatnya.

Di sana, wanita tidak boleh memandu, nak pergi ke mana-mana pun harus ditemani suami atau seorang lagi rakan wanita. Leceh...kita dah biasa bawa kereta tiba-tiba nak keluar ke kedai runcit depan apartmen pun tak boleh...semua kena tunggu suami.

Di sana waktu kerjanya berbeza. Dari lapan pagi sampai satu petang. Lepas tu rehat sampai 4 pm,lepas tu kerja balik sampai 9 mlm. So, kalau nak keluar pun kena tunggu suami balik jam sembilan...Hah...masa tulah nak shopping ke, makan ke...lazimnya hampir tiap-tiap hari keluar malam...Tu sebab banyak kedai buka sampai 24 jam...sbb masa malamlah orang Arab ni boleh keluar.

Salah satu aktiviti mereka selain shopping malam, mereka ni suka melepak di atas rumput sambil berpiknik. Tak kisahlah rumput di mana saja, di tepi jalan raya, tepi lampu traffik, roundabout...asal ada kawasan berumput mereka akan duduk melepak.Kalau tak biasa tengok memang pelik. Makan di tengah-tengah jalanraya yang sibuk.Kita orang pun pernah sekali berpiknik di tepi roundabout, beli ayam panggang dan nasi makan atas rumput. Nasib baik rumputnya bersih.

Bandar Jeddah ni terkenal dengan tugunya. Pergilah mana-mana pun mesti ada tugu. Setiap roundabout mesti ada tugu...bukan kecil tapi besar-besar. Ada tugu basikal,tugu kapalterbang,ish...banyak lagilah. Tepi pantai pun ada tugu. Tak taulah berapa juta habis buat tugu-tugu ni.

Bab shopping...boleh tahan juga. Banyak shopping centre kat sana. Baru-baru dan besar. Tapi kurang ummph sebab tak ada lagu macam di Malaysia, jadi kuranglah sikit meriahnya.Kawasan seperti Al Balad pula adalah campuran bandar moden dan tua. Seronok shopping kat situ sebab macam-macam ada. Memang rambang mata.

Bab makan...boleh tahan juga. Ada satu restoran makanan segera Al-Baik yang terkenal dengan ayam gorengnya. Memang sedap tambahan pula kalau dicicah dengan sos bawang putih. Di KFC pun ada sos bawang puith dan sos tabasco. Sos Cili macam kita tak adalah. Semua Restoran di Jeddah dibahagikan dua, ruangan keluarga dan ruangan bujang, selalunya untuk lelaki.

Cakap pasal makan, banyak sungguh restoran Amerika di situ, macam Chilli's, Starbuck dan banyak yang tak pernah dengar. Semuanya tumbuh bak cendawan. Tapi restoran lain pun ada. Kita sempat juga makan kat restoran Cina, Filipina, Indonesia...dan restoran Arablah. Ada satu restoran jual semua bahagian kambing, termasuk otak, mata dll. Tapi tak sanggup nak makan.

Semasa di sana sempat juga pergi ke Konsulat Malaysia, dan sempat juga ke rumah mereka. Kebetulan ada program VVIP isteri-isteri konsulat dari pelbagai negara dan Malaysia jadi hos untuk satu program. Tiba-tiba kena jadi photographer...sempat jugalah ambil gambar dan jumpa datuk Syed Hamid Albar dan isterinya,yang merupakan tetamu kehormat.

Semasa di sana sempat jugalah buat Umrah dan ke Madinah. Sebelum ini pun saya dah dua kali ke Makkah, tapi semasa di sana kerap lagilah. Kadang-kadang kita pergi balik hari, jadi naik bas aje. Letak kereta di stesen bas, dan di Makkah bas betul-betul berhenti di pintu depan Masjidil Haram.Pergi pagi dan balik malam.Satu pengalaman yang cukup manis.

Hai...kalau nak cerita banyak lagi. Tapi saya berhenti dululah sebelum jadi panjang dan meleret. Kalau ada masa nanti saya cerita lagi!

No comments:

Post a Comment