Apabila melihat keadaan di Mesir sekarang ini, tiba-tiba terasa mahu berkongsi pengalaman ketika di sana. Ada beberapa perkara atau kejadian lucu dan tidak lucu yang berlaku. Saya sebutkan 15 perkara yang tidak boleh dilupakan ketika di sana buat pertama kali.
1. Kaherah sebuah kota yang cukup besar dan sibuk. Terkenal dengan 'noise pollution' kerana bunyi hon kereta dan teksi tidak henti berbunyi. Pemandu kereta dan teksi gemar membunyikan hon kereta mereka dan membawa kereta bagaikan mahu berlumba.
2. Jalan satu lorong yang sibuk boleh menjadi dua lorong dan mereka memotong kereta sesuka hati. Kecut perut setiap kali berada di jalan raya.
3. Pernah sekali Mr H membawa kereta dan kami mencari restoran daging panggang untuk makan tengah hari dan dia terlajak dan boleh mengundurkan kereta seolah jalan itu dia yang punya! Bayangkan kalau kita mengundur kereta di jalan 'one way street' di Malaysia, mahu berlanggar dibuatnya. Tapi yang hairannya, tak pula berlanggar!
4. Tayar teksi yang kami naiki pancit ketika di jalan raya yang sibuk, nasib baiklah pemandunya cekap dan tayar diganti secepat kilat! Dah biasa agaknya!
5. Mr H mahu memuatkan lima orang dewasa di dalam satu teksi yang kecil sebab nak 'cut cost' katanya! Tapi, mana boleh beb!
6. Kami pernah tinggal di dalam hotel di pekan sebab senang nak shopping, tapi bila balik kita terlupa nama hotel! Jenuh nak cari jalan ke hotel. Nasib baik, selepas berpusing satu kawasan, akhirnya jumpa juga hotel itu. Phew!
7. Ada yang teringin nak makan kari, tapi mana mahu cari kari di sana? Roti banyaklah!
8. Makan tengah hari di sebuah restoran ayam berdekatan dengan kedutaan Malaysia... Terkejut tengok satu pelanggan diberikan satu talam besar dan satu ekor ayam seorang! Huh! kenyang!
9. Dapat melihat laut mediteranean ketika di Iskandariah. Tinggal di rumah mertua yang mengadap betul-betul di hadapan laut! Bandar Iskandariah atau Alexandria persis bandar di Eropah! Angin dari laut cukup kuat dan sejuk!
10. Terpaksa membiasakan diri makan daging atau ayam panggang dan roti sebab roti itu makanan ruji mereka.
11. Dapat berbelanja di Bazaar Al Khalili yang menarik. Macam-macam ada dijual di situ. Barangan kulit murah. Barangan hiasan juga cantik. Perabot juga unik.
12. Melihat piramid dengan mata sendiri! Macam dalam mimpi! Satu pengalaman yang cukup 'surreal'. Kawasan padang pasir di tengah-tengah kota Kaherah.
13. Merasa manisan Arab yang cukup-cukup manis! Tapi sedap-sedap belaka! Boleh 'tapaw' dalam satu talam besar dan makan sepuasnya di rumah!
14. Kedai kek dan manisannya cukup cantik! Macam-macam hiasan dan manisan yang tidak pernah dilihat. Kedai kek di Malaysia macam 'inferior' saja jika dibandingkan dengan kedai kek mereka!
15. Dapat menaiki bot di Sungai Nil, sungai terpanjang di dunia, dan 'terkurung' di tepi pagar sungai kerana pagar ditutup sebab menteri mahu lalu. Terpaksa tunggu sehingga selesai. Apa boleh buat!
No comments:
Post a Comment