Jom kita lihat perbezaan ayat-ayat di bawah dan lihat yang mana lebih baik.
Ayat 1
Dilla menyampah betul tengok muka Sudin sudah macam kerang busuk
tersengih-sengih sampai gigi jongangnya terkeluar bak kepingan Lego adik
dia. Sumpah Dilla meluat ingat Sudin tu sapa? Anak majistret ke anak
lawyer? Lecturer Dilla, Puan Amira pun sama. Muka seposen. Tak reti
malu sampai si Sudin yang banyak jerawat tu dikatanya hensem. Hensem
lagi kambing aku yang aku bela di dalam reban ayam sampai terpenyek
badan dia bongkok-bongkok sebab sempit bebenor hingga nak makan pun aku
terpaksa suap.
Ayat 2
Muka Sudin sudah macam kerang
busuk. Dilla yang sedari tadi leka dengan kuliah Puan Amira tersentak
melihat Sudin tersengih-sengih sehingga giginya yang jongang tampak
ketara. Seumur hidup Dilla, dia tidak pernah melihat seorang lelaki yang
mempunyai perwatakan seperi itu. Sering merasakan dirinya kacak walau
pun wajahnya tidaklah setampan Putera William.
Malah, Sudin itu
tidak ada tarikan langsung buat Dilla. Bukan juga anak orang berada.
Bukan anak peguam atau bukan anak doktor, malah anak hakim jauh sekali.
Puan Amira juga sama. Sudin yang berjerawat batu itu sudah cukup tampan katanya. Tampan? Apakah Puan Amira buta?
Jika dibandingkan Sudin dengan kambing yang Dilla bela di reban,
kambing peliharaan Dilla itu lebih lagi kacaknya. Apa ada pada Sudin?
Puan Amira sudah buta atau Dilla kah yang rabun sehingga kambingnya
kelihatan lebih tampan dan bergaya.
Ah! Biarkan. Walau apa pun yang Puan Amira kata, kambing Dilla lebih hebat dan kacak daripada Sudin.
****************
Macam mana? Ada perbezaan tak? Ayat mana lebih baik? Ayat 1 atau ayat 2? Tepuk dada tanya selera. Yang penting, seorang penulis harus menjaga bahasanya, biarpun ringkas dan santai, penulis haruslah memelihara bahasa di dalam novelnya agar kualiti novel dan bahasa kita terjaga.
No comments:
Post a Comment