MAAF CAKAP SENDIRI...hebat dia..walaupun
seorang wanita dia mampu mengharungi arus kota London seorang diri,
dengan menyewa sebuah apartment, tinggal seorang diri, memelihara
islamnya ditengah tengah arus harbi, mencari makanan halal, membina
kelompok masyarakatnya sendiri yg terdiri drp pelbagai ras namun
disatukan ALLAH dengan nama Islam..pastinya bukan sedikit saingan yang
dilaluinya demi untuk
Namun, apabila saya membaca mesejnya di kotak facebook, benarlah tekaan saya. Dia sememangnya bercakap mengenai saya. Terima kasih banyak-banyak wahai teman kerana mengagumi semangat saya ketika mengharungi kehidupan pahit manis di rantau orang sebatang kara. Banyak sungguh yang saya kutip dan banyak juga kenangan dan pengajaran yang saya perolehi. Jiwa ini tidak pernah akan mengaku kalah sehinggalah nyawa terpisah dari badan. Jika ada lapang, akan saya ceritakan lagi dan percayalah, jika anda merasa hidup anda susah, dengarlah segala perkara yang pernah saya harungi, anda semua akan merasa lebih bersyukur. Yang pasti, kita semua ada kisah tersendiri... Alhamdulillah.
mencari ilmu
kifayah dinegara asing...jika semua ini dilakukan oleh seorang lelaki
sudah pasti aku tidak teruja namun oleh sebab dia wanita maka aku
terpesona dengan kemampuannya...tidak ku sangka...ada sebanyak itu atau
lebih di sebalik nama itu AN...Moga setiap percubaan kamu selepas ini
SUKSES....Amin...Tc
Sungguh terharu. Itulah saja yang boleh saya ungkapkan apabila saya membaca komen ini di status seorang teman di facebook. Pada mulanya, sukar untuk saya menghadam status yang ditulisnya yang boleh dibaca oleh semua rakannya di facebook. Hati terdetik seolah berkata, eh! ini macam kisah yang aku tulis di blog. Adakah ini mengenai aku? Tidak semena-mena, hati jadi berdebar, seolah melihat sendiri kisah benar yang pernah saya lalui terpampang di hadapan mata.
Namun, apabila saya membaca mesejnya di kotak facebook, benarlah tekaan saya. Dia sememangnya bercakap mengenai saya. Terima kasih banyak-banyak wahai teman kerana mengagumi semangat saya ketika mengharungi kehidupan pahit manis di rantau orang sebatang kara. Banyak sungguh yang saya kutip dan banyak juga kenangan dan pengajaran yang saya perolehi. Jiwa ini tidak pernah akan mengaku kalah sehinggalah nyawa terpisah dari badan. Jika ada lapang, akan saya ceritakan lagi dan percayalah, jika anda merasa hidup anda susah, dengarlah segala perkara yang pernah saya harungi, anda semua akan merasa lebih bersyukur. Yang pasti, kita semua ada kisah tersendiri... Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment