Monday

Surat Kepada? Projek Epistolari Yang Unik!

BAKAL TERBIT!

Anda suka menerima surat?

Mahukah anda membaca lima puluh pucuk surat kepada lima puluh penerima?

Tentu teruja bukan?

Tunggu!

Ia bakal menemui anda sedikit masa lagi.

Klik di sini Epitoslari - Surat Kepada untuk perkembangan lanjut!

Tuhan Sayang Aku - Perjalanan Hidup Mualaf

Hidayah hanya akan tiba apabila kita membuka pintu hati. Hidayah tidak akan datang jika pintu hati tidak diketuk. Ia tidak akan muncul jika jiwa tidak dirangsang. Ia tidak akan sampai jika kita enggan berfikir.

Dilahirkan Islam bukan bererti kita sudah mendapat hidayah, dan dijadikan kafir bukan bermakna hidayah tidak akan sampai.

Setiap daripada kita dianugerahkan akal untuk berfikir.

Siapakah yang mencipta alam semesta? Bagaimana aku dihidup dan dimatikan? Apa yang akan berlaku di saat aku diambil Tuhan dan dimanakah aku akan diletakkan selepas itu?

Hidayah hanya akan singgah ke hati-hati yang mahu berubah. Mencari diri dan mencari Tuhannya.

Ya, samada kita Islam atau belum Islam, jiwa ini harus terbuka untuk berubah dan menjadi hamba yang taat kepada perintah Pencipta.

Carilah hidayah di sekeliling kita. Alam semesta yang terbentang luas menyatakan satu persatu rahsia ciptaan Tuhan.

Carilah ia sebelum kita kembali ke sisi-Nya.

Sepuluh kisah personaliti yang menemui hidayah bakal menemui anda sedikit masa lagi.

Semoga ia mampu mengubah kita menjadi lebih baik dari sebelumnya.

Tunggu!

BAKAL TERBIT!

Klik di bawah untuk perkembangan terkini.

Persediaan Sebelum Menulis

Sebelum mahu menceburkan diri dalam bidang penulisan secara serius, kita sepatutnya sudah membuat 'home work' sendiri. 

Pastikan bahasa kita sudah mapan. Kenal pasti seberapa banyak penerbit yang ada dan 'house-style' mereka. Hubungi penerbit untuk maklumat tambahan. Buka laman web mereka dan lihat jenis-jenis buku yang dikeluarkan. Cari di mana kekuatan dan kekurangan mereka sebelum kita menghantar manuskrip.
Jangan apabila mahu mula menulis, anda masih terkebil-kebil dan tidak tahu apa-apa tentang bidang penulisan kreatif. 

Tidak tahu di mana mahu cari penerbit dan tidak tahu bagaimana mahu menulis karya kreatif.

Cari maklumat yang sepatutnya dan asah bakat anda sehingga berkilat. Faham apa itu karya kreatif dan penulisan naratif.

Ia tidak sama dengan penulisan umum.

Jika tidak faham dan tidak boleh nampak perbezaan, belajar dan timba ilmu. Pergi ke bengkel atau kelas penulisan kreatif.

Seorang penulis harus menulis dengan bahasa yang baik. Tidak timbul soal bahasa pasar atau rojak. Jika masih lagi tidak mahir, berlatihlah dahulu sehingga anda boleh mengolah ayat yang baik.

Jangan hantar manuskrip yang masih mentah. Penuh dengan kesalahan typo dan lain-lain. Kemaskinikan sehingga ia hampir sempurna atau sempurna.

Semua itu menunjukkan sikap kita terhadap kerja.

Sikap cincai dan acuh tak acuh tidak akan membawa faedah malah mungkin hasil kerja kita hanya akan dibakul sampahkan.

Semoga bermanfaat terutama buat adik-adik yang mahu mula menulis.