Allah
mencipta malaikat, jinn dan manusia. Di dalam 90 malaikat, ada 9 jinn
dan 1 manusia. Ini bermakna jumlah malaikat ialah jumlah makhluk yang
paling ramai dan manusia ialah yang paling sedikit. Kita dikelilingi
oleh makhluk-makhluk ini tanpa sedar kerana mereka mempunyai entiti dan
zarah yang berlainan daripada kita.
Muhammad Isa Dawud pula menghuraikannya, " Perbezaan umur jinn dengan manusia ialah 1:10."
Ini bermakna jinn yang berusia 10 tahun, tahap perkembangan fizikal dan
mentalnya sama dengan manusia 1 tahun. Begitulah purata umur jinn
dengan manusia. Manusia hidup sekitar 70 - 80 tahun manakala jinn pula
hidup 700 - 800 tahun.
Umur jinn yang panjang menyebabkan ilmu
dan teknologi mereka berada jauh di hadapan manusia. Mereka juga
dicipta sebelum manusia dicipta. Dikatakan bahawa kemajuan sains dan
teknologi bangsa jinn melebihi kemajuan umat manusia sejarak 300 tahun.
Wallahua'lam.
Tuesday
Bukan Kerana Nama
Kita
selalu fikir, apa sahaja yang datang dari barat itu kita perlu ikut.
Dari gaya hidup, pemikiran, daya juang, corak kerja, peranan keluarga,
pemakaian dan banyak lagi. Apa yang barat buat, kita sanjung. Mereka
umpama rujukan kita.
Tetapi, sebenarnya apa yang kita perlu ikut ialah cara hidup Islam. Dalam Islam, setiap daripada kita ada haknya dan peranannya. Keluarga itu penting. Isteri menjaga keluarga. Suami mencari nafkah. Waktu siang bekerja, malam kita tidur. Waktu solat, kita solat. Bila keluar, kita menutup badan kita.
Tapi, dunia sudah terbalik. Isteri mencari nafkah, suami duduk rumah. Siang kita tidur, malam kita berjaga. Anak-anak terbiar tanpa perhatian secukupnya. Waktu solat diabaikan kerana 'sibuk dan tak ada masa' padahal masa banyak dihabiskan dengan berangan, melepak dan berinternet atau dihabiskan dengan urusan kerja yang tak habis-habis.
Bila kita nak berubah?
Keluarga itu amanah. Jaga dan ambil peduli.
Ia patut diletakkan di aras tertinggi selepas tuhan dan rasulnya.
Bukan harta, pangkat atau nama.

Subscribe to:
Posts (Atom)